APA ITU EKSA

TUJUAN

Panduan ini dihasilkan untuk membantu seluruh warga Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) mewujudkan persekitaran kerja yang cemerlang dan berkualiti melalui pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).   

PENGENALAN   

EKSA merupakan suatu usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat dengan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi membantu meningkatkan produktiviti warga kerja MDTM. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dikalangan warga kerja MDTM melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awamMelalui pelaksanaan amalan EKSA ini dapat membantu warga MDTM merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan juga dapat meningkatkan keselamatan, keselesaan dan keceriaan bekerja bagi warga MDTM.